Khamis, 11 Jun 2009

Isnin, 11 Mei 2009

Promosi Bulan Mei - Disember 2009







Hg Ahli RM 300 + pos laju
Hg Bukan Ahli
RM365

Jika membeli dengan hg RM365 + free penghantaran + free bengkung (worth RM55) + free sabun dhia (worth RM12).


Cepat2 ..... sebelum kehabisan stok.

Set Bersalin

Rangkaian Herbanika Bersalin
Terdiri daripada 6 items;
1. Mustajab Phyto Natal (90 tablet)
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
2. Minyak Herbanika (100 ml)
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
3. Herbanika lulur (100gm)
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan kulit, kesihatan dan kebersihan kulit.
4. Uncang Cuci Herbanika (10 uncang)
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan
keputihan dan gatal-gatal ringan.
5. Krim Herbanika Barut (60 gm)
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
6. Akar Herbanika (10 uncang)
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu selepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan.
Soalan Lazim;
Adakah set Rangkaian Herbanika Bersalin mencukupi pemakaiannya / penggunaannya untuk jangkamasa / tempoh 1 bulan?
Set Rangkaian Herbanika Bersalin yang dikeluarkan dalam pek terbaru khusus untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin adalah untuk anggaran 1 bulan.
1. Mustajab Phyto Natal - 90 tablet
Kelahiran Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke -4 selepas bersalin. Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika diambil dosej di antara 2 - 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari - 45 hari.
Kelahiran Secara Pembedahan
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 - 7 selepas bersalin (bergantung kepada kesihatan ibu bersalin). Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil dosej di antara 2 - 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari - 45 hari.
Nota:
Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit, selepas tempoh 30 hari, teramat disyorkan penerusan pengamalan PhytoNatal. Anda masih boleh meneruskan pengambilan PhytoNatal walaupun setelah tamat tempoh berpantang.
2. Akar Herbanika (10 uncang)
- Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari pertama selepas bersalin.
- 1 paket Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari. Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi 1 bulan.
Nota penting; Bagi ibu yang melalui pembedahan, disyorkan pengambilan minuman Akar Herbanika pertamanya selepas berjaya melakukan sendawa atau pembuangan angin (kentut)
3. Minyak Herbanika (100ml)
Disarankan penggunaanya pada hari pertama selepas bersalin. Anggaran 1 botol Minyak Herbanika dengan penggunaan 3 ml setiap kali boleh bertahan sehingga 1 bulan.
4. Krim Herbanika Barut(60gm)
- Adalah disyorkan sapuan Minyak Herbanika sebelum sapuan Krim Herbanika Barut. Digunakan sebagai Krim sapuan bahagian perut sebelum berbengkung. Amalan seharian 2 kali dapat bertahan selama 30 hari.
-Kelahiran Normal; sapuan bermula pada hari ke-4 selepas bersalin
- Kelahiran Secara Pembedahan; sapuan disyorkan selepas 1 minggu - 2 minggu selepas bersalin (mengikut keadaan luka jahitan pembedahan)
- Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz kecil, tekan tiub Krim Herbanika Barut sebesar syiling 20 sen di tapak tangan, sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
-Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz besar, tekan tiub Krim Herbanika Barut sebesar syiling 50 sen di tapak tangan, sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
5. Herbanika Lulur (100gm)
Disyorkan penggunaannya pada hari ke-4 sehingga ke hari 20 selepas bersalin. Anggaran penggunaannya setiap 1 - 2 sudu besar penuh.
6. Uncang Cuci (10 uncang)
1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air dapat digunakan sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh 5 - 7 hari. Anggaran pengunaannya adalah mencukupi selaam 1 bulan.